“Francis Light,
pengasas Pulau Pinang, dikatakan tiba lebih dahulu di Pulau Jerejak pada awal
tahun 1786 sebelum menuju
ke Pulau Pinang. Pada tahun 1797,
Kolonel Arthur Wellesley mencadangkan bahawa Pulau
Jerejak dijadikan tapak untuk Fort Cornwallis (Kota Cornwallis).
Cadangannya untuk membina sebuah pangkalan tentera di Pulau Jerejak berdasarkan
tujuan untuk mengawal bandar Jamestown yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas.
Pada awal
tahun 1794, sebuah wabak malaria yang amat
mungkin diakibatkan oleh pemugaran hutan untuk mengasaskan Georgetown mengorbankan banyak nyawa, termasuk juga James
Light pada dirinya. Oleh itu, Wellesley tidak menyokong Pulau Pinang sebagai
tapak untuk Kota Cornwallis. Walaupun demikan, cadangan Wellesley tidak
diterima kerana Georgetown telah menjadi sebuah pelabuhan yang
menguntungkan dan Jamestown atau sebarang kemudahan ketenteraan di Pulau Jerejak
jelas tidak diperlukan.
Diakibatkan
oleh keputusan Francis Light yang awal bahawa pendatang akan dibenarkan memiliki apa-apa
sahaja tanah yang dipugar oleh mereka, Pulau Pinang dibanjiri oleh
pendatang-pendatang. Sebagai langkah mencegah, semua pendatang harus diperiksa
di pusat pemeriksaan kesihatan
Pulau Jerejak sebelum dibenarkan mendarat di Pulau Pinang.
Pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan sebuah pusat
kuarantin kesihatan
untuk para pendatang, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.
Sebuah tugu peringatan telah dibina di Pulau
Jerejak untuk dua orang anak kapal daripada Angkatan Tentera
Laut Empayar Rusia yang maut apabila penjajap Zhemchug ditenggelamkan
oleh penjajap Emden daripada Tentera Marin Kaiserliche
dalam Pertempuran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Ini adalah salah satu daripada hanya
beberapa kejadian yang berlaku di kawasan Malaysia semasa Perang Dunia I.
Selepas Perang Dunia II,
terdapat kenaikan bilangan mangsa batuk kering dan
oleh itu, sebuah sanatorium telah dibina untuk
mangsa-mangsa penyakit tersebut
di Pulau Jerejak. Pada 12 Jun
1969, Pusat Pemulihan Jerejak diasaskan
sebagai sebuah penjara keselamatan
tertinggi dan oleh itu, Pulau Jerejak mendapat nama samaran, Alcatraz
Malaysia. Pusat ini akhirnya ditutup pada Ogos 1993. “
No comments:
Post a Comment