LAPORAN
Utusan Malaysia pada 14 Mei 2010 bertajuk Apa kata Jabatan Warisan
Negara langkah UDA mahu maju bangunan bersejarah? Bantah roboh Penjara
Pudu dirujuk.
Adalah
dimaklumkan bahawa perancangan pembangunan kawasan Penjara Pudu ini
telah diluluskan sebelum tertubuhnya Jabatan Warisan Negara (JWN) dan
Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Jabatan Warisan Negara ditubuhkan pada 2006 dan perancangan kelulusan terhadap kawasan ini telah dibuat sebelum itu.
Maka,
setelah tertubuhnya Jabatan Warisan Negara dan wujudnya Akta Warisan
Kebangsaan 2005, JWN telah dapat menyenaraikan bangunan dan tapak
warisan lain yang harus dikekalkan.
Bangunan
dan Tapak Warisan yang telah diwartakan akan dipelihara dan
dipulihara oleh JWN seperti yang termaktub di dalam Akta Warisan
Kebangsaan 2005. Tanpa Akta ini sesuatu bangunan itu akan menjadi
seperti yang berlaku kepada Penjara Pudu.
Walau
bagaimanapun Jabatan ini telah mendapat persetujuan daripada pihak
pemaju untuk mengekalkan gerbang utama Penjara Pudu dan lukisan mural
yang dilukis oleh penghuni di situ sebagai peringatan kepada rakyat
kewujudan bangunan bersejarah itu.
Walaupun tidak didaftarkan, Penjara Pudu itu boleh dijadikan sebagai rekod yang boleh disimpan untuk rujukan masa hadapan.
Rekod
pembabitan Penjara Pudu dalam sejarah negara beserta gambar dan
huraian sejarahnya tetap akan diguna pakai dalam warisan negara.
No comments:
Post a Comment