ISTANA NEGARA, JALAN DUTA KUALA LUMPUR
Istana
Negara adalah tempat bersemayam rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana
Negara ini yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur adalah merupakan
mercu tanda bagi sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia
yang mana kemudahannya melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri
estetika khusus dengan penekanan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional
Melayu pada bangunan Istana Negara ini yang terletak di kawasan seluas
241.3 ekar (97.65 hektar).
Pentadbiran
Istana Negara di Jalan Duta ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada
tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII,
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan
Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu pada 11 November 2011. Manakala
Istiadat Menaikkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong telah diadakan pada 15 November 2011 sebagai simbolik bahawasanya
Istana Negara, Jalan Duta ini telah secara rasminya menjadi Istana
Negara di Malaysia.
No comments:
Post a Comment