![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTp6jtZmIw8ZU6o1azTilaotlmqPn2dqHOElBcor6lHOcVfa_irnVL3X6MMrXwgRZhkAdjX6jLmDYqOOSJS3SGCbAFbEOIEUcIwcrFLERtqZl74sV4ZYGOCLoZkQgja8v2QcA8QZ2l86I/s400/Muzium+Raja+Istana+Lama+Seri+Menanti+Negeri+Sembilan.jpg)
MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI, KUALA PILAH
Muzium Diraja Seri Menanti merupakan salah sebuah istana lama
Malaysia yang indah dari segi bentuk seni bina tradisional. Dibina dalan
tahun 1905 dan siap pada tahun 1908 oleh tukang kayu yang mahir dan
terkenal iaitu Kahar dan Taib. Salah satu yang menarik mengenai seni
bina ini ialah pembinaannya tidak menggunakan sebarang paku. Seni bina
empat tingkat mempunyai 99 batang tiang menggunakan kayu cengal. Di
tengah-tengah bangunan istana ini didirikan menara yang dinamakan
'Tingkat Gunung'. Struktur atas bumbungnya menggunakan kayu cengal yang
berbentuk "Lipatan Gunting". Kegunaan ruangnya pula di tingkat pertama
menempatkan "Balai Rong Seri" untuk upacara mengadap. Bilik beradu
keluarga kerabat diraja terletak di tingkat dua sementara di tingkat
tiga dikhaskan untuk Yang Dipertuan Besar. Di menara "Tingkat Gunung"
pula menempatkan khazanah diraja.
No comments:
Post a Comment