Tuesday, 9 October 2012

ISTANA KENANGAN



                                           m         

         Kuala Kangsar, Bandar Diraja di negeri Perak t erkenal dengan istana-istana yang mempunyai senibina yang unik dan cantik.  Salah sebuah istana itu ialah Istana Kenangan yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. 

               Kini Istana Kenangan telah berwajah baru setelah ia dijadikan Muzium Diraja Kuala Kangsar.  Upacara perasmian Muzium Diraja ini dilakukan oleh Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada 16 November 1986.

             Istana Kenangan yang dijadikan Muzium Diraja ini telah dibina pada tahun 1926 oleh seorang tukang berbangsa Melayu dari Bukit Mertajam bernama Encik Sopian dan dibantu oleh dua orang anak lelakinya  Zainal Abidin dan Ismail. Istana ini dibina atas perintah Almarhum Sultan Iskandar sebagai tempat persemayaman sementara baginda, disebabkan pada waktu itu Istana Iskandariah masih di dalam proses pembinaan.  
                   Sebelum ini, baginda bersemayam di Istana Negara, tetapi istana itu telah dirobohkan kerana tapaknya digunakan sebagai tapak Istana Iskandariah sekarang.

No comments:

Post a Comment