Sunday, 14 October 2012

RUMUSAN KAMI

     Kita perlu menghargai bangunan bersejarah yang banyak terdapat di negara ini . Usaha - usaha telah dilakukan bagi memelihara dan memulihara bangunan bersejarah dilakukan supaya bahagian bangunan tidak reput, rosak dan usang.walau pun di baik pulih ,reka bentuk asal bangunan tersebut dikekalkan .Sehingga hari ini ,kita dapat melihat bangunan bersejarah masih kukuh dan terus digunakan.kami telah mencari maklumat tentang warisan sejarah iaitu bangunan bersejarah.Kami berasa bangga kerana telah mengajar kami membut blogger..                            

Tuesday, 9 October 2012

STESEN KERETAPI IPOH


             Stesen kereta api Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya merupakan mercutanda bagi bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya. Ianya dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bungaan tempatan sebagai daya tarikan kepada pelancong.

          Menurut kajian yang dibuat oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sejarah keretapi Tanah Melayu bermula pada tahun 1885 iaitu landasan pertama dibina dari Taiping ke Port Weld (nama baharunya Kuala Sepetang). Nama yang digunakan pada masa itu ialah Perak State Railway.
          Pada tahun 1901, setelah sistem perhubungan keretapi bersambung dengan negeri-negeri lain, ia dinamakan sebagai Federated Malay State Railway, dan pada tahun 1946 namanya ditukar kepada Keretapi Tanah Melayu.

             Sekali lagi pada tarikh 1 Ogos 1992, Keretapi Tanah Melayu telah diperbadankan dan dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hingga ke hari ini.

           Objektif asal pengangkutan keretapi adalah untuk membawa hasil getah, bijih timah dan lain-lain barang ke pelabuhan oleh penjajah Inggeris, tetapi kini telah berubah menjadi salah satu pengangkutan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara.
      Sebelum diambil alih oleh Pengurus Besar dari kalangan warganegara Malaysia yang pertama, Pengurus Besar pertama keretapi ialah C.E. Spooner C.M.G. iaitu dari tahun 1901 hingga 1909 dan selepas itulah pada tahun 1962 sehingga 1967 telah dipegang oleh Tan Sri Dato' Haji Ahmad Perang iaitu warganegara Malaysia pertama menjadi Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu.

        Dari segi bangunan pula, memang ada sejarah tersendiri dengan reka bentuknya yang unik sejak pembinaan awal stesen keretapi berkenaan. Stesen Keretapi Ipoh dibina pada tahun 1917 oleh Syarikat Hindia Timur British serta bangunannya dibina bercirikan Islam dan reka bentuknya berbentuk Moorish sehingga ada yang menggelarnya sebagai Taj Mahal Ipoh.

           

BANGUNAN SULTAN ABU BAKAR

                                         
           Bangunan Sultan Abu Bakar dibina dalam kurun ke 19. Menempatkan pejabat tanah dan pejabat daerah. Senibinanya bercirikan neo classical memang cukup unik. Nasib baik berpagar. Kalau tidak mesti tangganya jadi tempat melepak...

PADANG KOTA LAMA




Francis Light, pengasas Pulau Pinang, dikatakan tiba lebih dahulu di Pulau Jerejak pada awal tahun 1786 sebelum menuju ke Pulau Pinang. Pada tahun 1797, Kolonel Arthur Wellesley mencadangkan bahawa Pulau Jerejak dijadikan tapak untuk Fort Cornwallis (Kota Cornwallis). Cadangannya untuk membina sebuah pangkalan tentera di Pulau Jerejak berdasarkan tujuan untuk mengawal bandar Jamestown yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas.
Pada awal tahun 1794, sebuah wabak malaria yang amat mungkin diakibatkan oleh pemugaran hutan untuk mengasaskan Georgetown mengorbankan banyak nyawa, termasuk juga James Light pada dirinya. Oleh itu, Wellesley tidak menyokong Pulau Pinang sebagai tapak untuk Kota Cornwallis. Walaupun demikan, cadangan Wellesley tidak diterima kerana Georgetown telah menjadi sebuah pelabuhan yang menguntungkan dan Jamestown atau sebarang kemudahan ketenteraan di Pulau Jerejak jelas tidak diperlukan.
Diakibatkan oleh keputusan Francis Light yang awal bahawa pendatang akan dibenarkan memiliki apa-apa sahaja tanah yang dipugar oleh mereka, Pulau Pinang dibanjiri oleh pendatang-pendatang. Sebagai langkah mencegah, semua pendatang harus diperiksa di pusat pemeriksaan kesihatan Pulau Jerejak sebelum dibenarkan mendarat di Pulau Pinang.
Pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan sebuah pusat kuarantin kesihatan untuk para pendatang, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.
Sebuah tugu peringatan telah dibina di Pulau Jerejak untuk dua orang anak kapal daripada Angkatan Tentera Laut Empayar Rusia yang maut apabila penjajap Zhemchug ditenggelamkan oleh penjajap Emden daripada Tentera Marin Kaiserliche dalam Pertempuran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Ini adalah salah satu daripada hanya beberapa kejadian yang berlaku di kawasan Malaysia semasa Perang Dunia I
Selepas Perang Dunia II, terdapat kenaikan bilangan mangsa batuk kering dan oleh itu, sebuah sanatorium telah dibina untuk mangsa-mangsa penyakit tersebut di Pulau Jerejak. Pada 12 Jun 1969, Pusat Pemulihan Jerejak diasaskan sebagai sebuah penjara keselamatan tertinggi dan oleh itu, Pulau Jerejak mendapat nama samaran, Alcatraz Malaysia. Pusat ini akhirnya ditutup pada Ogos 1993. “
 

ISTANA KENANGAN



                                           m         

         Kuala Kangsar, Bandar Diraja di negeri Perak t erkenal dengan istana-istana yang mempunyai senibina yang unik dan cantik.  Salah sebuah istana itu ialah Istana Kenangan yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. 

               Kini Istana Kenangan telah berwajah baru setelah ia dijadikan Muzium Diraja Kuala Kangsar.  Upacara perasmian Muzium Diraja ini dilakukan oleh Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada 16 November 1986.

             Istana Kenangan yang dijadikan Muzium Diraja ini telah dibina pada tahun 1926 oleh seorang tukang berbangsa Melayu dari Bukit Mertajam bernama Encik Sopian dan dibantu oleh dua orang anak lelakinya  Zainal Abidin dan Ismail. Istana ini dibina atas perintah Almarhum Sultan Iskandar sebagai tempat persemayaman sementara baginda, disebabkan pada waktu itu Istana Iskandariah masih di dalam proses pembinaan.  
                   Sebelum ini, baginda bersemayam di Istana Negara, tetapi istana itu telah dirobohkan kerana tapaknya digunakan sebagai tapak Istana Iskandariah sekarang.

MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI,KUALA PILAH


            

                               
MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI, KUALA PILAH

Muzium Diraja Seri Menanti merupakan salah sebuah istana lama Malaysia yang indah dari segi bentuk seni bina tradisional. Dibina dalan tahun 1905 dan siap pada tahun 1908 oleh tukang kayu yang mahir dan terkenal iaitu Kahar dan Taib. Salah satu yang menarik mengenai seni bina ini ialah pembinaannya tidak menggunakan sebarang paku. Seni bina empat tingkat mempunyai 99 batang tiang menggunakan kayu cengal. Di tengah-tengah bangunan istana ini didirikan menara yang dinamakan 'Tingkat Gunung'. Struktur atas bumbungnya menggunakan kayu cengal yang berbentuk "Lipatan Gunting". Kegunaan ruangnya pula di tingkat pertama menempatkan "Balai Rong Seri" untuk upacara mengadap. Bilik beradu keluarga kerabat diraja terletak di tingkat dua sementara di tingkat tiga dikhaskan untuk Yang Dipertuan Besar. Di menara "Tingkat Gunung" pula menempatkan khazanah diraja.

Sunday, 7 October 2012

LEMBAH BUJANG


                                          
Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat. Kedudukan ini dianggap strategik kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah.

ISTANA NEGARA





                                         









 ISTANA NEGARA, JALAN DUTA KUALA LUMPUR 
                      Istana Negara adalah tempat bersemayam rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana Negara ini yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur adalah merupakan mercu tanda bagi sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus dengan penekanan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu pada bangunan Istana Negara ini yang terletak di kawasan seluas 241.3 ekar (97.65 hektar).
                Pentadbiran Istana Negara di Jalan Duta ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu pada 11 November 2011. Manakala Istiadat Menaikkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diadakan pada 15 November 2011 sebagai simbolik bahawasanya Istana Negara, Jalan Duta ini telah secara rasminya menjadi Istana Negara di Malaysia.

MASJID NEGARA DI KUALA LUMPUR

 

Masjid Negara Malaysia terletak di Kuala Lumpur.Dibina antara 1963 hingga 27 Ogos 1965.Kapasitinya boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.Rekabentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan.Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja.Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.

MASJID JAMEK MUAR,JOHOR



 muarmos.jpg (169575 bytes)






Dari segi perkembangan sejarah negara, bangunan dan monumen lama dapat berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah. Ini adalah kerana segala peninggalan penjajah baik rumah besar, jambatan, menara jam dan kota dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajahi oleh pihak pendatang. Di Georgetown, Pulau Pinang, contohnya, terdapat berbagai bangunan kolonial dan monumen seperti Kota Cornwallis (1808), Mesjid Kling (1801), Gereja St. George (1817), Muzium Negeri (1821) dan Menara Jam Victoria (1897) yang mana membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke 18.

Wednesday, 3 October 2012

MASJID KAPITAN KELING

                                
Masjid Kapitan Keling

Tahukah anda? Nama Kapitan Keling adalah berasal dari perkataan Captain of India yang dialihbahasakan dari "Captain" menjadi "Kapitan" manakala perkataan "Keling" adalah gelaran untuk kaum pendatang dari benua India yang digunakan oleh masyarakat Melayu pada kurun-kurun yang terdahulu.

tahun 1800.Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah masjid ini. Masjid Kapitan Keling adalah terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling atau dahulunya dikenali sebagai Pitt Street. Masjid ini telah dibina oleh pedagang-pedagang India Muslim sekitar

Pada asalnya, masjid ini mempunyai tapak seluas 18 ekar yang diperuntukkan untuk komuniti India Muslim di Pulau Pinang oleh Gabenor Pulau Pinang iaitu Sir George Leith pada November 1801.


 Akibat dari pengurusan tanah yang tidak terkawal, tapak tanah yang telah di gazetkan untuk masjid ini telah berkurangan dengan banyaknya. Pada tahun 1903, tapak tanah yang asalnya 18 ekar telah menjadi 8 ekar dan kini telah menjadi sebesar apa yang kita boleh lihat sekarang.

BANGUNAN BERSEJARAH TERDAPAT DI MALAYSIA

[Ayat Rangsangan] Tidak dapat dinafikan, warisan negara yang telah diabaikan dewasa ini ialah bangunan bersejarah yang banyak terdapat di seantero negara. [Ayat Hurain] Jika ditinjau secara umum, kebanyakan bangunan bersejarah yang dipulihara akan disuaigunakan semula sebagai muzium, pejabat, tempat kediaman, premis perniagaan, dan kegunaan awam. [Ayat Huraian]Sejak UNESCO mengiktirafkan bandar Melaka dan Geogetown sebagai bandar warisan bersejarah, baru timbullah kesedaran tentang kepentingan bangunan-bangunan bersejarah. [Ayat Arahan] Persoalannya, apakah kepentingan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah dalam konteks Malaysia?

BANGUNAN PENJARA PUDU

                                                    
                     LAPORAN Utusan Malaysia pada 14 Mei 2010 bertajuk Apa kata Jabatan Warisan Negara langkah UDA mahu maju bangunan bersejarah? Bantah roboh Penjara Pudu dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa perancangan pembangunan kawasan Penjara Pudu ini telah diluluskan sebelum tertubuhnya Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Akta Warisan Kebangsaan 2005.
                     Jabatan Warisan Negara ditubuhkan pada 2006 dan perancangan kelulusan terhadap kawasan ini telah dibuat sebelum itu.
                      Maka, setelah tertubuhnya Jabatan Warisan Negara dan wujudnya Akta Warisan Kebangsaan 2005, JWN telah dapat menyenaraikan bangunan dan tapak warisan lain yang harus dikekalkan.
Bangunan dan Tapak Warisan yang telah diwartakan akan dipelihara dan dipulihara oleh JWN seperti yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005. Tanpa Akta ini sesuatu bangunan itu akan menjadi seperti yang berlaku kepada Penjara Pudu.
               Walau bagaimanapun Jabatan ini telah mendapat persetujuan daripada pihak pemaju untuk mengekalkan gerbang utama Penjara Pudu dan lukisan mural yang dilukis oleh penghuni di situ sebagai peringatan kepada rakyat kewujudan bangunan bersejarah itu.
Walaupun tidak didaftarkan, Penjara Pudu itu boleh dijadikan sebagai rekod yang boleh disimpan untuk rujukan masa hadapan.
                     Rekod pembabitan Penjara Pudu dalam sejarah negara beserta gambar dan huraian sejarahnya tetap akan diguna pakai dalam warisan negara.

Tuesday, 2 October 2012

tugasan kami

SERI TAMAN


 Bangunan ini dibina pada 1997 dan siap pada 1999, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman. Penghuni pertama kediaman ini ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ini mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.

KELLIE'S CASTLE



Sebut sahaja Batu Gajah, Perak, pastinya nama Istana Kellie atau Kellie’s Castle akan disebut sebagai tarikan utamanya.  Walaupun telah berusia 107, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905  ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan keatasnya.
                    Jika mahu disingkap sejarah pembinaanya, ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sepertimana bangunan bersejarah di Agra, India itu, Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. William Kellie Smith dikatakan bertemu jodoh dengan Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Sebenarnya William Kellie Smith bukan sahaja telah membina sebuah istana buat isterinya, tetapi beliau turut memindahkan beberapa hartanah miliknya atas nama Agnes. Kedudukan sosial keluarga William Kellie Smith pada ketika itu dikatakan sangat tinggi, malah mereka dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta yang menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah

MUZIUM NEGARA


                                                           


Muzium Negara Malaysia atau Muzium Negara merupakan salah sebuah bangunan yang unik di Malaysia. Muzium Negara merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Muzium ini terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana. Muzium Negara ini mempunyai reka bentuk seakan-akan Rumah Gadang, iaitu salah satu reka bentuk rumah Minangkabau. Namun, ia juga mempunyai ciri-ciri seperti bangunan Istana Melayu tradisional di negeri Terengganu dan digabungkan dengan citarasa yang moden. Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963.

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR








Kolej Melayu Kuala Kangsar atau nama ringkasnya Kolej Melayu Kuala Kangsar, merupakan sebuah Kolej yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak.
Pada 2009, Kolej Melayu Kuala Kangsar memiliki 543 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 543 orang. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009