Sunday, 14 October 2012

RUMUSAN KAMI

     Kita perlu menghargai bangunan bersejarah yang banyak terdapat di negara ini . Usaha - usaha telah dilakukan bagi memelihara dan memulihara bangunan bersejarah dilakukan supaya bahagian bangunan tidak reput, rosak dan usang.walau pun di baik pulih ,reka bentuk asal bangunan tersebut dikekalkan .Sehingga hari ini ,kita dapat melihat bangunan bersejarah masih kukuh dan terus digunakan.kami telah mencari maklumat tentang warisan sejarah iaitu bangunan bersejarah.Kami berasa bangga kerana telah mengajar kami membut blogger..                            

Tuesday, 9 October 2012

STESEN KERETAPI IPOH


             Stesen kereta api Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya merupakan mercutanda bagi bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya. Ianya dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bungaan tempatan sebagai daya tarikan kepada pelancong.

          Menurut kajian yang dibuat oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sejarah keretapi Tanah Melayu bermula pada tahun 1885 iaitu landasan pertama dibina dari Taiping ke Port Weld (nama baharunya Kuala Sepetang). Nama yang digunakan pada masa itu ialah Perak State Railway.
          Pada tahun 1901, setelah sistem perhubungan keretapi bersambung dengan negeri-negeri lain, ia dinamakan sebagai Federated Malay State Railway, dan pada tahun 1946 namanya ditukar kepada Keretapi Tanah Melayu.

             Sekali lagi pada tarikh 1 Ogos 1992, Keretapi Tanah Melayu telah diperbadankan dan dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hingga ke hari ini.

           Objektif asal pengangkutan keretapi adalah untuk membawa hasil getah, bijih timah dan lain-lain barang ke pelabuhan oleh penjajah Inggeris, tetapi kini telah berubah menjadi salah satu pengangkutan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara.
      Sebelum diambil alih oleh Pengurus Besar dari kalangan warganegara Malaysia yang pertama, Pengurus Besar pertama keretapi ialah C.E. Spooner C.M.G. iaitu dari tahun 1901 hingga 1909 dan selepas itulah pada tahun 1962 sehingga 1967 telah dipegang oleh Tan Sri Dato' Haji Ahmad Perang iaitu warganegara Malaysia pertama menjadi Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu.

        Dari segi bangunan pula, memang ada sejarah tersendiri dengan reka bentuknya yang unik sejak pembinaan awal stesen keretapi berkenaan. Stesen Keretapi Ipoh dibina pada tahun 1917 oleh Syarikat Hindia Timur British serta bangunannya dibina bercirikan Islam dan reka bentuknya berbentuk Moorish sehingga ada yang menggelarnya sebagai Taj Mahal Ipoh.

           

BANGUNAN SULTAN ABU BAKAR

                                         
           Bangunan Sultan Abu Bakar dibina dalam kurun ke 19. Menempatkan pejabat tanah dan pejabat daerah. Senibinanya bercirikan neo classical memang cukup unik. Nasib baik berpagar. Kalau tidak mesti tangganya jadi tempat melepak...

PADANG KOTA LAMA




Francis Light, pengasas Pulau Pinang, dikatakan tiba lebih dahulu di Pulau Jerejak pada awal tahun 1786 sebelum menuju ke Pulau Pinang. Pada tahun 1797, Kolonel Arthur Wellesley mencadangkan bahawa Pulau Jerejak dijadikan tapak untuk Fort Cornwallis (Kota Cornwallis). Cadangannya untuk membina sebuah pangkalan tentera di Pulau Jerejak berdasarkan tujuan untuk mengawal bandar Jamestown yang kini dikenali sebagai Bayan Lepas.
Pada awal tahun 1794, sebuah wabak malaria yang amat mungkin diakibatkan oleh pemugaran hutan untuk mengasaskan Georgetown mengorbankan banyak nyawa, termasuk juga James Light pada dirinya. Oleh itu, Wellesley tidak menyokong Pulau Pinang sebagai tapak untuk Kota Cornwallis. Walaupun demikan, cadangan Wellesley tidak diterima kerana Georgetown telah menjadi sebuah pelabuhan yang menguntungkan dan Jamestown atau sebarang kemudahan ketenteraan di Pulau Jerejak jelas tidak diperlukan.
Diakibatkan oleh keputusan Francis Light yang awal bahawa pendatang akan dibenarkan memiliki apa-apa sahaja tanah yang dipugar oleh mereka, Pulau Pinang dibanjiri oleh pendatang-pendatang. Sebagai langkah mencegah, semua pendatang harus diperiksa di pusat pemeriksaan kesihatan Pulau Jerejak sebelum dibenarkan mendarat di Pulau Pinang.
Pada tahun 1910, Pulau Jerejak dijadikan sebuah pusat kuarantin kesihatan untuk para pendatang, dan pada akhir dekad 1930-an, sebuah hospital kusta dibina di bahagian timur pulau ini.
Sebuah tugu peringatan telah dibina di Pulau Jerejak untuk dua orang anak kapal daripada Angkatan Tentera Laut Empayar Rusia yang maut apabila penjajap Zhemchug ditenggelamkan oleh penjajap Emden daripada Tentera Marin Kaiserliche dalam Pertempuran Pulau Pinang pada 28 Oktober 1914. Ini adalah salah satu daripada hanya beberapa kejadian yang berlaku di kawasan Malaysia semasa Perang Dunia I
Selepas Perang Dunia II, terdapat kenaikan bilangan mangsa batuk kering dan oleh itu, sebuah sanatorium telah dibina untuk mangsa-mangsa penyakit tersebut di Pulau Jerejak. Pada 12 Jun 1969, Pusat Pemulihan Jerejak diasaskan sebagai sebuah penjara keselamatan tertinggi dan oleh itu, Pulau Jerejak mendapat nama samaran, Alcatraz Malaysia. Pusat ini akhirnya ditutup pada Ogos 1993. “
 

ISTANA KENANGAN



                                           m         

         Kuala Kangsar, Bandar Diraja di negeri Perak t erkenal dengan istana-istana yang mempunyai senibina yang unik dan cantik.  Salah sebuah istana itu ialah Istana Kenangan yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. 

               Kini Istana Kenangan telah berwajah baru setelah ia dijadikan Muzium Diraja Kuala Kangsar.  Upacara perasmian Muzium Diraja ini dilakukan oleh Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah pada 16 November 1986.

             Istana Kenangan yang dijadikan Muzium Diraja ini telah dibina pada tahun 1926 oleh seorang tukang berbangsa Melayu dari Bukit Mertajam bernama Encik Sopian dan dibantu oleh dua orang anak lelakinya  Zainal Abidin dan Ismail. Istana ini dibina atas perintah Almarhum Sultan Iskandar sebagai tempat persemayaman sementara baginda, disebabkan pada waktu itu Istana Iskandariah masih di dalam proses pembinaan.  
                   Sebelum ini, baginda bersemayam di Istana Negara, tetapi istana itu telah dirobohkan kerana tapaknya digunakan sebagai tapak Istana Iskandariah sekarang.

MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI,KUALA PILAH


            

                               
MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI, KUALA PILAH

Muzium Diraja Seri Menanti merupakan salah sebuah istana lama Malaysia yang indah dari segi bentuk seni bina tradisional. Dibina dalan tahun 1905 dan siap pada tahun 1908 oleh tukang kayu yang mahir dan terkenal iaitu Kahar dan Taib. Salah satu yang menarik mengenai seni bina ini ialah pembinaannya tidak menggunakan sebarang paku. Seni bina empat tingkat mempunyai 99 batang tiang menggunakan kayu cengal. Di tengah-tengah bangunan istana ini didirikan menara yang dinamakan 'Tingkat Gunung'. Struktur atas bumbungnya menggunakan kayu cengal yang berbentuk "Lipatan Gunting". Kegunaan ruangnya pula di tingkat pertama menempatkan "Balai Rong Seri" untuk upacara mengadap. Bilik beradu keluarga kerabat diraja terletak di tingkat dua sementara di tingkat tiga dikhaskan untuk Yang Dipertuan Besar. Di menara "Tingkat Gunung" pula menempatkan khazanah diraja.

Sunday, 7 October 2012

LEMBAH BUJANG


                                          
Lembah Bujang merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai pelbagai khazanah tinggalan zaman. Kedudukan Lembah Bujang adalah merangkumi kawasan seluas 144 batu persegi dengan pembatasan Bukit Choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian Selatan, Selat Melaka di bahagian Timur dan Lebuhraya Utara - Selatan di bahagian Barat. Kedudukan ini dianggap strategik kerana amat sesuai dijadikan destinasi bersejarah.