Kuching atau Bandaraya Kuching ialah ibu negeri dan bandar terbesar di Sarawak.Ia merupakan bandaraya paling ramai penduduk di Malaysia Timur.Kuching ialah bandar yang terbesar di pulau Borneo.Bandaraya Kuching diduduki oleh 658,549 mengikut banci 2010.Ini menyebabkan ia menjadi Bandaraya yang mempunyai penduduk terbanyak di Sarawak dan ketujuh di Malaysia.Kuching dinaik taraf menjadi bandaraya pada 1 Ogos 1988.
Kuching juga merupakan pusat kerajaan Sarawak yang moden.Ia mempunyai Ketua Menteri yang memimpin Kabinet Menteri.Beliau adalah dilantik oleh Yang Di-Pertua Negeri dari ahli pensidang pada perlantikan yang diadakan setiap lima tahun.
No comments:
Post a Comment