Sunday, 30 September 2012

BANGUNAN MASJID TENGKERA








Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu di Melaka.
Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu.

BANGUNAN KOTA MARGHERITA




Kuching atau Bandaraya Kuching ialah ibu negeri dan bandar terbesar di Sarawak.Ia merupakan bandaraya paling ramai penduduk di Malaysia Timur.Kuching ialah bandar yang terbesar di pulau Borneo.Bandaraya Kuching diduduki oleh 658,549 mengikut banci 2010.Ini menyebabkan ia menjadi Bandaraya yang mempunyai penduduk terbanyak di Sarawak dan ketujuh di Malaysia.Kuching dinaik taraf menjadi bandaraya pada 1 Ogos 1988.
Kuching juga merupakan pusat kerajaan Sarawak yang moden.Ia mempunyai Ketua Menteri yang memimpin Kabinet Menteri.Beliau adalah dilantik oleh Yang Di-Pertua Negeri dari ahli pensidang pada perlantikan yang diadakan setiap lima tahun.

BANGUNAN STADHUYS

                                               






Stadthuys ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys.

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

          

                                                 

 

 

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gah pada masa itu.

Wednesday, 26 September 2012

PENGENALAN

Negara kita kaya dengan pelbagai warisan sejarah.Warisan sejarah telah dipelihara dan dipulihara untuk generasi akan datang.

Warisan kesenian pula diwarisi daripada masyarakat yang pelbagai kaum.kini,usaha giat dilakukan untuk mengekalkan dan memperkenalkan warisan kesenian negara.

TUGASAN KAMI

kami kumpulan satu mendapat tugasan bagi menyediakan folio dengan tajuk Warisan  Negara bagi memenuhi Program Lepas UPSRdalam mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 6.

Ahli kumpulan kami terdiri daripada :

1.Ahmad shamil hilmi bin abdul razak.
2.Thanesh a/l ravi
3.Nurul nadia shafiqah binti mohd napiah
4.Siti nur najeeha binti bakri
5.kirthi a/l muniandy